Khidmat Sewa Kereta

Friday, November 1

Memori 1

Bismillah. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sepanjang mengajar di daerah Telupid, Sabah. Sekolah saya terletak di Kampung Masaum. Dalam daerah telupid SK Masaum merupakan sekolah yang kedua paling jauh dari PPD. Sedikit latar belakang, perjalanan ke sekolah ini mengambil masa tiga hingga empat jam dari PPD melalui laluan tanah merah. Tapi mungkin sekarang dah banyak berubah kerana sebelum saya berpindah, sedang berjalan satu projek membina jalanraya merentas hutan dari Telupid ke Keningau. 


Antara yang menarik apabila kita ke tempat orang ialah bahasanya. Suku yang terdapat di sana ialah suku Rumanau. Sebenarnya saya langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa mereka namun dapat mengajuk beberapa perkataan mudah. Kemudian jadilah bahasa rojak antara bahasa melayu sabah dan rumanau.



Berikut adalah beberapa contoh perkataan dalam ayat yang biasa digunakan,

"Boleh limpas ke sungai tu".

Maknanya boleh lepas atau lalu ke sungai tu.

 "Terima kasih bek (e emak)".
Sebagai kata penguat.

"Kertas saya pitas cikgu".
Maknanya kertas saya koyak cikgu

"Bertapuk2 lagi ko itu. Sudah la tinggi.. ".
Tapuk tu bersembunyi.


"Sinalau bakas ada dijual disini".....
Sinalau tu maknanya daging yang disalai.. Bakas tu nama lain bagi b***. Juga di sebut khulos.

"lain cara ko ini".
satu trademark orang sana.



Tak banyak yang saya boleh ingat selepas dua tahun meninggalkan bumi Masaum. Namun pengalaman mengajar di sana memang satu memori yang sangat manis dan berharga bagi saya.

Betul kata orang, makin jauh kita berjalan makin kaya pengalaman. 


Sekian.