Khidmat Sewa Kereta

Tuesday, January 6

Kerangka Pembelajaran Berasaskan Projek

Fasa 1

Ihsan JPN Johor

Pada Fasa 1, guru bersama murid akan memerah idea untuk memilih topik yang akan di kaji dalam projek. Kebiasaannya guru sudah mempunyai topik dalam projek. Soalan - soalan guru akan berpandu kepada tajuk projek yang akan dihasilkan.

Kebiasaannya dalam pembentangan, guru akan menunjukkan peta minda atau hasil brainstorming dengan murid. Ini adalah hasil mentah projek yang penting kerana akan menunjukkan hala tuju projek.

Contohnya, projek untuk menghasilkan model kereta. Guru akan bertanya kepada murid contoh - contoh kereta yang murid tahu. Kemudian guru akan bertanya pendapat murid bagaimanakah bentuk kereta dalam masa 20 tahun. Kemudian guru akan meminta murid membayangkan bentuk kereta masa hadapan dan mencadangkan untuk dijadikan sebagai bahan projek.

Fasa 1 biasanya dijalankan minima 1 sesi atau lebih bergantung kepada keperluan projek. Namun pada peringkat ini, murid belum membina bahan tetapi hanya mengeluarkan idea untuk menghasilkan bahan projek.


Hubungi saya di muszt.ahmad@gmail.com sekiranya anda mempunyai sebarang komen, pendapat, atau kritikan terhadap tulisan saya.

Kaedah KALAM dan BACALAH ANAKKU

Assalamualaikum.

Pertamanya saya ingin menegaskan isi entri saya tidak berniat untuk membandingkan antara dua kaedah ini. Malahan saya amat menghormati kedua dua pengasas dan penulis kedua buku ini. Mudahan Allah mengganjari mereka atas usaha mereka telah ramai murid yang boleh membaca dengan cepat. Ini kerana guru dapat mengajar dengan lebih teratur dan sistematik.

KALAM menggunakan kaedah mengeja. Murid didedahkan dengan abjad a-z pada buku 1. Kemudian mengeja perkataan mudah suku kata KVKV. Kemudian ditingkatkan dengan KVKVK. Terdapat pengukuhan dengan cerita mudah di akhir buku. Pengalaman saya, murid dapat mengeja apabila mengusai kemahiran mengeja KVKV. Proses menjadi lebih mudah apabila ibu bapa membantu saya di rumah.

BACALAH ANAKKU menggunakan kaedah fonetik. Murid didedahkan dengan bunyi huruf dan membaca terus melalui gabungan bunyi. Menggunakan kaedah ini, pada pengamatan saya memerlukan murid untuk membiasakan diri dengan simbol2. Terdapat murid saya yang boleh membaca hanya dalam masa 3 bulan walaupun bermula dari 0.

Buat masa sekarang saya menggunaka buku KALAM. Ada beberapa sebab saya berbuat demikian,

1. Paling kritikal ialah bantuan ibu bapa. Daripada respon ibu bapa, mereka lebih gemarkan kaedah dalam KALAM yang lebih ringkas malahan popular.

2. Paling utama ialah ujian LINUS. Murid perlu mengeja. Malangnya ada murid yang sudah boleh membaca tetapi tetap tidak lulus LINUS kerana tidak boleh mengeja. Mungkin ada lompong di mana - mana.

3. Faktor jumlah murid dan latar belakang murid. Kebanyakan murid saya datang dari keluarga berpendapatan rendah dan biasanya mereka hanya baru mengikuti pembelajaran formal ketika berusia 6 tahun iaitu semasa dalam kelas saya.

Jadi atas faktor di atas, saya mendapati lebih praktikal untuk menggunakan kaedah mengeja dalam KALAM. Namun bukan saya hendak menyatakan kaedah fonetik tidak sesuai namun selepas mencuba kedua dua kaedah, saya memilih untuk menggunakan buku KALAM.


Hubungi saya di muszt.ahmad@gmail.com sekiranya anda mempunyai sebarang komen, pendapat, atau kritikan terhadap tulisan saya.

Tuesday, December 30

Teknik Mengajar Membaca bahasa Inggeris dengan Starfall #5

 Assalamulaikum,

Sebelum ini saya ada kongsikan tips untuk mengajar bunyi huruf kepada murid. InsyaAllah saya akan kongsikan video bagaimana saya mengaplikasikan teknik tersebut apabila mula persekolahan.

Namun sebelum itu saya kongsikan beberapa tips mudah,

1. Mulakan satu satu. Contohnya chanting dengan bunyi huruf sahaja. Apabila murid lancar tambah lagi dengan contoh huruf.

2. Ulang huruf yang murid suka dahulu. Ini untuk menarik minat murid. Murid akan seronok apabila dia dapat mengikuti sesi. Murid akan hilang minat bila berasa susah atau sukar belajar.

3. Puji murid apabila mereka memberikan respons. Betulkan segera kesilapan murid.

4. Perhatikan mood murid. Teruskan apabila murid suka dan berhenti apabila murid mula berasa bosan.



Hubungi saya di muszt.ahmad@gmail.com sekiranya anda mempunyai sebarang komen, pendapat, atau kritikan terhadap tulisan saya.